Malaysian Studies
Pengajian Malaysia
April 2019
1. Pernyataan berikut adalah benar mengenai kerajaan Melaka, kecuali
A. Kerajaan tertua di Malaysia.
B. Kerajaan maritim dan mengendalikan perdagangan.
C. Kerajaan yang muncul antara abad ke-7 hingga ke-13 masihi.
D. Pusat anutan dan penyebaran agama Buddha dan pengajian bahasa Tamil.
2. Melaka telah berkembang sebagai pusat penyebaran ilmu kerana galakan pihak istana.
Istana berperanan sebagai pusat pengembangan
I. persuratan.
II. kebudayaan.
III. perundangan.
IV. bahasa Melayu.
A. I, II dan III.
B. I, II dan IV.
C. II, III dan IV.
D. I, II, III dan IV.
3. Kesultanan Melayu Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang agung dipengaruhi
oleh faktor-faktor berikut, kecuali
A. faktor sosial.
B. faktor politik.
C. faktor ekonomi.
D. faktor semula jadi.
4. Kegemilangan Melaka terserlah pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah,
Sultan Mansur Syah dan Sultan Alauddin Riayat Syah. Namun Kerajaan Melaka
didapati merosot pada zaman
A. Sultan Riayat Syah.
B. Sultan Mahmud Syah.
C. Sultan Muzaffar Syah.
D. Sultan Shahrulnizam Syah.
5. Pilih faktor-faktor yang menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Melayu Melaka
pada tahun 1511.
I. Kelemahan sistem pertahanan.
II. Kelemahan pemerintah Melaka.
III. Kedudukan Melaka yang kurang strategik.
IV. Pegangan agama yang lemah dalam kalangan pembesar dan rakyat.
A. I, II dan III.
B. I, II dan IV.
C. II, III dan IV.
D. I, II, III dan IV.
6. Pada tahun 1403, seorang duta telah tiba dari negara China untuk membawa hadiah
untuk Parameswara. Situasi ini menunjukkan pengiktirafan negara China terhadap
Melaka. Duta tersebut ialah
A. Yan Chan.
B. Yan Chen.
C. Yin Ching.
D. Yung Long.
7. Pilih pernyataan yang benar mengenai perkembangaan politik Melaka pada tahap
awal.
I. Melaka muncul sebagai sebuah tapak perdagangan antarabangsa.
II. Melaka mendapat pengiktirafan daripada Negara China melalui seorang Duta.
III. Yin Ching membawa hadiah untuk Parameswara sebagai tanda pengiktirafan
oleh Negara China.
IV. Melaka telah berunding dengan Maharaja China untuk mendapatkan keuntungan
dan perlindungan politik.
A. I, II dan III.
B. I, III dan IV.
C. II, III dan IV.
D. I, II, III dan IV.
8. Kerajaan Melayu Melaka mengamalkan sistem pembesar empat lipatan yang
mengandungi pembesar-pembesar berikut, kecuali
A. Bendahara.
B. Temenggung.
C. Raja Indera Bongsu.
D. Penghulu Bendahari.
9. Pernyataan berikut adalah benar mengenai pentadbiran kerajaan Johor pada tahun
1721 hingga 1819, kecuali
A. pusat pentadbiran kerajaan Johor tidak lagi berpindah dengan kerap selepas tahun
1721.
B. tahun 1718 hingga 1721 takhta kerajaan Johor diduduki oleh seorang putera
bernama Raja Kecil.
C. empat orang pembesar Bugis iaitu Yamtuan Muda, Raja Muda, Datuk Silawatang
dan Datuk Bandar.
D. struktur kuasa kerajaan Johor berubah kerana kewujudan jawatan Yamtuan Muda
yang dikhaskan kepada keluarga Bugis.
10. Kemampuan tapak-tapak pelabuhan Johor muncul sebagai pelabuhan antarabangsa
dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut
I. Kedudukan yang strategik.
II. Sungai yang lebar dan luas.
III. Persahabatan dengan Belanda.
IV. Kemudahan gudang dan sistem perdagangan yang tersusun.
A. I, II dan III.
B. I, III dan IV.
C. II, III dan IV.
D. I, II, III dan IV.
11. Berikut merupakan kesan-kesan sistem residen yang diperkenalkan oleh British di
Tanah Melayu, kecuali
A. kemajuan ekonomi negeri.
B. Sultan tidak lagi berkuasa mutlak.
C. perkembangan infrastruktur seperti sistem kereta api.
D. perkembangan sosial yang menyeluruh di bandar dan luar bandar.
12. Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) terdiri daripada gabungan negeri-negeri
berikut, kecuali
A. Perak.
B. Selangor.
C. Kelantan.
D. Negeri Sembilan.
13. Faktor-faktor penentangan orang tempatan terhadap British di Pahang termasuk
I. pengenalan undang-undang tanah
II. kehilangan kuasa dan keistimewaan Sultan
III. sistem lesen dan permit untuk memungut hasil hutan
IV. kehilangan kuasa pembesar-pembesar Melayu sebagai hakim kes jenayah dan
sivil
A. I, II dan III.
B. I, II dan IV.
C. II, III dan IV.
D. I, II, III dan IV.
14. Berikut adalah sebab-sebab kerajaan British memperkenalkan desentralisasi di Tanah
Melayu, kecuali
A. sebagai langkah awal untuk pemerintah sendiri oleh rakyat tempatan.
B. pihak British ingin menyatukan negeri-negeri Melayu keseluruhannya.
C. wujud persaingan kuasa antara Residen Jeneral dengan Pesuruhanjaya Tinggi
dalam hal ehwal pentadbiran.
D. Sultan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu tidak berpuas hati dengan pemusatan
kuasa pentadbiran di tangan Pesuruhanjaya Tinggi.
15. Kebangkitan Rundum ini dicetuskan oleh kaum Murut terhadap pemerintahan
Syarikat Borneo Utara British. Antara tokoh berikut, yang manakah merupakan
tokoh perjuangan di daerah Rundum Sabah?
A. Rentap.
B. Banting.
C. Antanum.
D. Penghulu Asun.
16. Pilih padanan yang tidak benar berkaitan pejuang kemerdekaan dan negeri yang
terlibat.
A. Naning – Dol Said.
B. Perak – Dato’ Bahaman.
C. Kelantan – Tok Janggut.
D. Sarawak – Abdul Ghapur.
17. Pilih faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan Jepun untuk menewaskan
British di Tanah Melayu.
I. Pihak British kurang bersedia.
II. Kelewatan bantuan tentera dari negara asal.
III. Tentera British tidak mahir dalam peperangan.
IV. Jepun tidak menyerang melalui udara atau darat.
A. I dan II.
B. I, II dan IV.
C. II, III dan IV.
D. I, II, III dan IV.
18. Malayan Union mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu atas alasan
I. Kehilangan kuasa raja.
II. Pemberian kerakyatan secara Jus Soli.
III. Malayan Union digubal tanpa pandangan orang Melayu.
IV. Perjanjian ditandatangani dengan secara paksaan oleh Harold Mac Michael.
A. I dan II.
B. I, II dan IV.
C. II, III dan IV.
D. I, II, III dan IV.
19. Berikut merupakan tujuan British memperkenalkan Malayan Union, kecuali
A. Penyatuan wilayah pentadbiran.
B. Mengurang dan mengawal kuasa orang Melayu.
C. Percubaan ke arah pemerintahan sendiri oleh masyarakat tempatan.
D. Usaha British untuk meningkatkan bilangan pegawai kerajaan daripada pelbagai
kaum.
24. Orang Melayu yang berideologi radikal mengemukakan beberapa cadangan baru
dalam pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 iaitu
I. bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara.
II. hubungan luar dan pertahanan hendaklah dipikul bersama antara Tanah Melayu
dan Kerajaan British.
III. bendera kebangsaan hendaklah mengandungi warna-warna kebangsaan orang
Melayu.
IV. orang Melayu berhak ke atas hal ehwal adat istiadat dan agama Islam.
A. I, II dan III.
B. I, II dan IV.
C. II, III dan IV.
D. I, II, III dan IV.
25. Malaysia ditubuhkan atas beberapa faktor termasuk
A. mengelak ancaman dan pengaruh British.
B. membela masyarakat bumiputera di Sabah dan Sarawak.
C. menjaga kepentingan hak kaum bumiputera di semua wilayah terbabit.
D. memberi kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.
26. Seorang pekerja yang telah bekerja di Tanah Melayu perlu pulang ke India mencari
buruh-buruh baharu yang bekerja dengannya di Tanah Melayu.
Penerangan di atas adalah suatu sistem yang popular untuk membawa masuk
buruh-buruh ke Tanah Melayu yang dikenali sebagai
A. Surat Sungai.
B. Sistem Kontrak.
C. Sistem Kangani.
D. Sistem Kangchu.
27. Pihak British menggalakkan kemasukan buruh Cina dengan meluluskan beberapa
undang-undang yang berkaitan. ______________ pula telah ditubuhkan dengan
tujuan melindungi buruh-buruh Cina.
A. Sistem Kangchu
B. The Chinese Immigrants
C. The Crimpling Ordinance
D. Jabatan Perlindungan Orang Cina
28. Faktor-faktor buruh Cina dan India berminat untuk datang bekerja di Tanah Melayu
ialah
I. galakan daripada Sultan.
II. ketidakstabilan politik di negara asal.
III. kekurangan pekerjaan di negara asal.
IV. pertambahan penduduk dan kekurangan makanan.
A. I, II dan II.
B. I, III dan IV.
C. II, III dan IV.
D. I, II, III dan IV.
29. Berikut merupakan fungsi Majlis Gerakan Negara yang ditubuhkan pada 17 Mei
1969, kecuali
A. pengembali keharmonian antara kaum.
B. penentu undang-undang yang berkesan.
C. penentu pentadbiran yang licin dan sempurna.
D. pengembali keamanan dan undang-undang negara.
30. Prinsip Rukun Negara ini dipercayai dapat melahirkan rakyat yang mematuhi
undang-undang dan mengutamakan kebaikan masyarakat dan negara tanpa perasaan
prejudis dan perkauman.
Prinsip ini ialah
A. Keluhuran Perlembagaan.
B. Kepercayaan kepada Tuhan.
C. Kedaulatan Undang-Undang.
D. Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
31. Dasar pendidikan yang digunakan sebelum kemerdekaan Tanah Melayu termasuk
I. Laporan Razak.
II. Laporan Barnes.
III. Laporan Fenn Wu.
IV. Laporan Rahman Talib.
A. I, II dan III.
B. I, III dan IV.
C. II, III dan IV.
D. I, II, III dan IV.
32. Rusuhan kaum yang terjadi pada 13 Mei 1969 adalah bukan disebabkan
A. Dasar Imigrasi Liberal.
B. Dasar Pecah dan Perintah.
C. Parti Tindakan Rakyat dan Gerakan memenangi banyak kerusi.
D. perarakan provokatif daripada Parti Tindakan Rakyat dan UMNO.
33. Penyeragaman sistem pendidikan merupakan salah satu usaha ke arah perpaduan dan
integrasi nasional. Salah satu dasar pendidikan yang telah diperkenalkan
menggariskan bahawa Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua
peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk
semua pelajar.
Dasar pendidikan ini ialah
A. Laporan Razak.
B. Laporan Barnes.
C. Ordinan Pelajaran.
D. Laporan Rahman Talib.
34. Akta Hasutan telah dipinda pada 1970 selepas peristiwa rusuhan 13 Mei 1969 untuk
memasukkan beberapa perkara sensitif daripada dibincangkan secara umum. Apakah
perkara yang dimasukkan dalam pindaan tersebut?
I. Penghinaan terhadap kerajaan.
II. Kedaulatan Raja-Raja Melayu.
III. Pentadbiran keadilan di Malaysia.
IV. Kedudukan istimewa orang Melayu.
A. I dan II.
B. I dan III.
C. II dan IV.
D. III dan IV.
35. Manakah antara berikut merupakan usaha kerajaan untuk mengukuhkan perpaduan
antara kaum?
I. Memperkenalkan Rukun Negara.
II. Mewujudkan kerajaan campuran.
III. Membangunkan Dasar Ekonomi Baru.
IV. Menggubal Falsafah Pendidikan Negara.
A. I, II dan II.
B. I, III dan IV.
C. II, III dan IV.
D. I, II, III dan IV.
36. “Pendapat kitalah yang betul, yang lain semuanya salah belaka”.
Sentimen dan cara pemikiran seperti ini membuktikan kaum itu mengamalkan
konsep
A. etnisiti.
B. rasisme.
C. stereotaip.
D. etnosentrisme.
37. Hubungan kaum antara masyarakat Melayu, Cina dan India di Malaysia dikatakan
pernah melalui semua tahap-tahap hubungan berikut, kecuali
A. segregasi.
B. pluralisme.
C. amalgamasi.
D. pluralisme ubahsuaian.
Rajah 1: Tahap Hubungan antara Etnik
Negara A
38. Apakah tahap dan intensiti hubungan antara etnik B, etnik C dan juga etnik D dalam
negara A?
A. Asimilasi.
B. Segregasi.
C. Pluralisme.
D. Amalgamasi.
39. Perayaan penting masyarakat Cina ini disambut dalam tempoh 10 hari menjelang 4
hari bulan April atau 10 hari selepasnya. Perayaan ini adalah merujuk kepada
A. hari Wesak.
B. Tahun Baru Cina.
C. hari Chap Goh Meh.
D. perayaan Ching Ming.
40. Semua manusia dianggap bersaudara tanpa mengira perbezaan warna kulit, bahasa,
tempat dan agama. Oleh itu, Islam menekankan supaya umatnya menjaga hubungan
A. manusia dengan alam.
B. manusia dengan binatang.
C. manusia dengan Allah SWT.
D. manusia dengan manusia yang lain.
41. Peninggalan candi di Bukit Merian dan Bukit Choras merupakan bukti agama
____________ diamalkan sejak abad kelima Masihi di Kedah Tua.
A. Islam
B. Hindu
C. Buddha
D. Konfusianisme
42. Berikut merupakan empat kebenaran mulia dalam ajaran Buddha, kecuali
A. Bodhi.
B. Marga.
C. Dukka.
D. Samudaya.
43. Agama Hindu bukan bersifat politisme. Kewujudan dewa-dewa dalam agama Hindu
merupakan manifestasi daripada
A. Tuhan yang satu.
B. kitab-kitab suci Veda.
C. kepercayaan kepada dewa-dewa.
D. konsep karma dan kelahiran semula.
44. Melaka merupakan tapak awal kedatangan Kristian ke Alam Melayu. Yang manakah
antara berikut merupakan aliran yang dibawa semasa Belanda menawan Melaka pada
tahun 1641?
A. Triniti.
B. Ortodoks.
C. Protestan.
D. Roman Katolik.
45. Malaysia merupakan negara yang memberikan kebebasan kepada rakyatnya untuk
menganut, mengamalkan dan mengembangkan agama masing-masing tertakluk
kepada sekatan yang ditetapkan dalam Perkara 11(4).
Apakah sekatan yang dimaksudkan dalam peruntukan tersebut?
A. Tidak boleh mengadakan dialog antara agama.
B. Tidak boleh berdakwah di tempat ibadat agama lain.
C. Tidak boleh mengembangkan agama lain kepada orang Islam.
D. Tidak boleh mengembangkan agama Islam kepada penganut agama lain.
46. Maal Hijrah merupakan hari yang sangat bermakna bagi umat Islam di seluruh dunia
yang disambut untuk memperingati peristiwa penting iaitu
A. kelahiran Nabi Muhammad SAW.
B. hari pertama dalam Tahun Hijrah.
C. pertama kali ayat al-Quran turun kepada Nabi Muhammad SAW.
D. Nabi Muhammad SAW berpindah daripada Kota Mekah ke Kota Madinah.
Soalan 47 dan 48 adalah berdasarkan maklumat di bawah
Pertahanan
Keselamatan Dalam Negeri
Kewarganegaraan
47. Senarai di atas adalah merupakan senarai perundangan bagi kerajaan
A. negeri.
B. kesatuan.
C. tempatan.
D. persekutuan.
48. Senarai perundangan tersebut disenaraikan dengan jelas dan nyata dalam
Perlembagaan Persekutuan menerusi
A. Perkara 4.
B. Perkara 39.
C. Jadual 9 Senarai 1.
D. Jadual 9 Senarai 2.
49. Usaha untuk meminda Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan untuk
mengembalikan status Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian
Malaysia 1963 telah gagal semasa peringkat Bacaan Kedua di Parlimen kerana gagal
mendapat sejumlah undi yang diperlukan. Jumlah undi yang diperlukan adalah
A. dua pertiga.
B. satu pertiga.
C. tiga perempat.
D. majoriti ringkas.
50. Y, seorang warganegara Malaysia sejak dari lahir telah menerima surat daripada
kerajaan Malaysia menyatakan kewarganegaraan beliau telah dilucutkan. Berikut
merupakan kemungkinan alasan kewarganegaraan beliau dilucutkan, kecuali
A. beliau telah menjadi warganegara asing.
B. beliau tidak setia kepada negara melalui percakapan atau perbuatan.
C. beliau telah dihukum penjara tidak lebih daripada 12 bulan atau didenda tidak
kurang daripada RM5,000 tanpa pengampunan bagi kesalahannya.
D. beliau bermastautin selama lebih lima tahun tanpa mendaftarkan diri di Pejabat
Konsul Persekutuan.
51. Menurut Perkara 48 Perlembagaan Malaysia, seorang ahli Dewan Rakyat akan hilang
kedudukannya sebagai ahli dewan rakyat sekiranya dia dibuktikan
I. muflis.
II. tidak siuman.
III. memegang jawatan bergaji.
IV. memperoleh kewarganegaraan asing.
A. I dan II.
B. I, II dan III.
C. II, III dan IV.
D. I, II, III dan IV.
52. Agensi di bawah telah berjaya ditubuhkan dalam tempoh Rancangan Malaysia
Pertama iaitu pada tahun 1966-1970, kecuali
A. Majlis Amanah Rakyat (MARA).
B. Lembaga Kemajuan Tanah (FELDA).
C. Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS).
D. Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).
53. “ Matlamat utama adalah memberikan tumpuan kepada permulaan fasa kedua
Wawasan 2020 dengan memberi keutamaan kepada aspek-aspek pembangunan
insaniah bagi membantu pembangunan fizikal.”
Kenyataan di atas merujuk kepada
A. Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980).
B. Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2001).
C. Rancangan Malaysia Kelapan (2002-2006).
D. Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010).
54. Pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat adalah strategi
serampang dua mata dalam
A. Dasar Ekonomi Baru.
B. Model Ekonomi Baru.
C. Dasar Pembangunan Nasional.
D. Pelan Pembangunan Nasional.
55. Perdana Menteri Malaysia ke-7 telah membuat lawatan rasmi ke negara China bagi
membincangkan kos Projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) dengan Republik
Rakyat China. Perdana Menteri berkenaan adalah
A. Tun Hussien Onn.
B. Tun Abdul Razak.
C. Tun Dr. Mahathir Mohamad.
D. Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak.
56. Melalui hubungan luar Malaysia dan ASEAN, rantau ini telah bersepakat untuk tidak
menjadi tempat persaingan tenaga nuklear yang dikenali sebagai
A. RESCAM
B. RELC
C. ZOPFAN
D. SEANWFZ
57. Malaysia menganggotai pertubuhan Z selepas mencapai kemerdekaan. Pertubuhan
ini memperlihatkan Malaysia mampu menjadi negara contoh kepada negara-negara
maju dan membangun.
Pertubuhan Z adalah
A. Komuniti Ekonomi Asean.
B. Kerjasama Selatan-selatan.
C. Kerjasama Ekonomi Asia Timur.
D. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
58. Skim Y merupakan satu manfaat yang diterima oleh Malaysia. Melalui skim ini,
cukai bagi barangan Malaysia direndahkan dan meningkatkan persaingan barangan
Malaysia dengan barangan lain di pasaran luar.
Skim Y adalah manfaat daripada usahasama yang dijalankan oleh Malaysia dengan
A. PBB.
B. NAM.
C. ASEAN.
D. KOMANWEL.
59. Dua dokumen telah dimeterai dalam sidang kemuncak D-8. Dokumen tersebut
berhasrat untuk menjadikan sebuah kumpulan ekonomi dinamik dan mewujudkan
kerangka kerjasama ekonomi dalam pelbagai aktiviti. Dokumen tersebut adalah
A. Visi Global dan Piagam D-8.
B. Visi Global dan Perjanjian Perdagangan Keutamaan.
C. Perjanjian Perdagangan Keutamaan dan Piagam D-8.
D. Peristiharan Havana dan Perjanjian Perdagangan Keutamaan.
60. Dalam bidang pendidikan, negara-negara OIC turut memajukan pendidikan dalam
kalangan umat Islam dengan penubuhan universiti-universiti berikut, kecuali
A. Universiti al-Azhar.
B. Universiti Islam Uganda.
C. Universiti Yarmouk Jordan.
D. Universiti Islam Antarbangsa Malaysia.
April 2019
1. Undang-undang Laut Melaka merupakan undang-undang yang menggariskan
peraturan perdagangan dan peraturan hukum jenayah di laut. Undang-undang ini
telah disusun semasa zaman pemerintahan
A. Sultan Mansur Shah.
B. Sultan Iskandar Shah.
C. Sultan Mahmud Shah.
D. Sultan Muzaffar Shah.
2. Terdapat empat orang syahbandar yang bertugas di pelabuhan Melaka. Mereka
adalah syahbandar yang bertanggungjawab menguruskan pedagang dari
I. Arab.
II. Kepulauan Melayu.
III. Benggal, Pegu dan Pasai.
IV. China, Champa dan Pulau Liu Kiu.
A. I, II dan III.
B. I, II dan IV.
C. II, III dan IV.
D. I, II, III dan IV.
3. Tradisi menggunakan warna kuning dalam institusi diraja Melayu Melaka dan
negeri-negeri Melayu lain dikaitkan dengan penggunaan __________ di istana raja.
A. emas
B. daulat
C. prasasti
D. bijih timah
4. Apakah nama jawatan yang diwujudkan semasa Kesulanan Johor untuk mengenang
jasa keluarga Bugis?
A. Laksamana.
B. Temenggung.
C. Raja Indera Bongsu.
D. Yang Di-pertuan Muda.
5. Pilih faktor perkembangan perdagangan di Johor.
I. Peranan orang laut.
II. Kedudukan pelabuhan yang strategik.
III. Sungai Johor yang cukup dalam dan lebar.
IV. Kekayaan hasil semulajadi Johor sebagai bahan dagangan.
A. I, II dan III.
B. I, II dan IV.
C. II, III dan IV.
D. I, II, III dan IV.
6. Nama Pahang tercatat dalam catatan pengembara asing seperti pengembara dari Arab,
Eropah dan China. Berikut adalah nama yang ditulis dalam catatan tersebut,
KECUALI
A. Paam.
B. Pa-Hon.
C. Pan-Pan.
D. Pan Hang.
7. Pilih pernyataan yang BENAR mengenai Kesultanan Kelantan.
A. Kelantan dikatakan pernah diperintah oleh raja perempuan.
B. Kelantan merupakan wilayah takluk Kedah sehingga awal abad ke-19.
C. Pengasas Kesultanan Kelantan ialah Tun Zainal Abidin Ibni Tun Habib Abdul
Majid.
D. Pemerintahan di Kelantan ditadbir oleh Dinasti Jembal yang bertakhta sehingga
ke hari ini.
8. British telah memperkenalkan Sistem Residen di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri
Sembilan. Sistem Residen telah memberi kesan terhadap
I. perubahan politik.
II. perkembangan sosial.
III. pengenalan undang-undang.
IV. pembangunan ekonomi negeri.
A. I, II dan III.
B. I, II dan IV.
C. II, III dan IV.
D. I, II, III dan IV.
9. Masalah kewangan di _____________ merupakan salah satu faktor yang
menyebabkan British menubuhkan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
A. Perak
B. Pahang
C. Selangor
D. Negeri Sembilan
10. Pendudukan Jepun telah memberi kesan berikut kepada politik di Tanah Melayu,
KECUALI
A. kesedaran tentang kelemahan British.
B. nilai mata wang negara jatuh dengan teruk.
C. orang Melayu mendapat peluang dan pengalaman dalam bidang pentadbiran.
D. kesedaran politik kepada masyarakat tempatan untuk mencapai kemerdekaan.
11. Berikut merupakan padanan yang benar mengenai akhbar yang berperanan
mencetuskan semangat perjuangan dan pengasas, KECUALI
A. Majlis - Abdul Rahim Kajai.
B. Al-Imam - Syed Syeikh Al-Hadi.
C. Neracha - Mohd Eunos Abdullah.
D. Warta Malaya - Dato’ Onn Jaafar.
12. Orang Melayu yang berideologi radikal mengemukakan beberapa cadangan baru
dalam pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 iaitu
I. bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara.
II. orang Melayu berhak ke atas hal ehwal adat istiadat dan agama Islam.
III. bendera kebangsaan hendaklah mengandungi warna-warna kebangsaan orang
Melayu.
IV. hubungan luar dan pertahanan hendaklah dipikul bersama antara Tanah Melayu
dan Kerajaan British.
A. I, II dan III.
B. I, III dan IV.
C. II, III dan IV.
D. I, II, III dan IV.
13. Tunku Abdul Rahman bersama satu rombongan telah ke London untuk membuat
rundingan tentang kemerdekaan. Hasil daripada rundingan ini, _______________
telah ditandatangani pada 8 Februari 1956.
A. Perjanjian London
B. Perjanjian Malaysia
C. Perjanjian Kebangsaan
D. Perjanjian Kemerdekaan
14. Langkah-langkah berikut pernah diambil oleh kerajaan British untuk memulihkan
keamanan di Tanah Melayu dalam tempoh darurat.
I. Mewujudkan sistem pendaftaran penduduk.
II. Mengiktiraf Parti Komunis Malaya (PKM).
III. Memperkenalkan rancangan penempatan semula.
IV. Mengklasifikan kawasan lingkungan pengaruh komunis kepada “kawasan putih”
dan “kawasan hitam”.
A. I, II dan III.
B. I, III dan IV.
C. II, III dan IV.
D. I, II, III dan IV.
15. A.M Azhari adalah pemimpin yang tidak bersetuju dengan gabungan Brunei dalam
pembentukan Malaysia. Beliau adalah pemimpin daripada
A. Parti Borneo Utara.
B. Parti Rakyat Brunei.
C. Parti Keadilan Brunei.
D. Parti Kalimantan Utara Brunei.
16. Siapakah yang menganggotai Kesatuan Melayu Muda?
A. Kakitangan kerajaan.
B. Sebahagian besar orang Cina.
C. Golongan atasan dan berpendidikan Inggeris.
D. Golongan berpendidikan Melayu yang berideologi radikal.
17. Malayan Union telah dilancarkan pada 1 April 1946 walaupun mendapat tentangan.
Pilih kaedah yang dilakukan orang Melayu untuk memulaukan Malayan Union.
A. Membakar bendera Malayan Union.
B. Memakai baju putih selama seminggu.
C. Tidak menghadiri majlis pelantikan gabenor.
D. Mengadakan mogok di hadapan pejabat British.
18. Salah satu sebab orang Melayu menentang penubuhan Malayan Union adalah kerana
pemberian kewarganegaraan secara jus soli. Manakah antara berikut menerangkan
pelaksanaan pemberian kerakyatan yang dicadangkan oleh British.
I. Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun tidak diberi kerakyatan.
II. Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mengambil kira bangsa dan
keturunan.
III. Mereka yang telah menetap di Tanah Melayu sebelum Malayan Union boleh
menjadi warganegara secara automatik.
IV. Sesiapa yang berumur 18 tahun ke atas serta telah bermastautin di Persekutuan
atau Singapura selama 10 hinggan 15 tahun sebelum 15 Februari 1942 akan
diberi kerakyatan.
A. I, II dan III.
B. I, II dan IV.
C. II, III dan IV.
D. I, II, III dan IV.
19. Terdapat dakwaan bahawa idea pembentukan Malaysia adalah bersifat tergesa-gesa,
mengejut dan kurang persediaan. Dakwaan ini dapat disangkal kerana sebelum
pengumuman mengenai penubuhan Malaysia, Tunku Abdul Rahman telah
mengadakan pertemuan dengan
I. Soekarno di Indonesia pada tahun 1962.
II. Lee Kuan Yew di Singapura pada Januari 1961.
III. Harold Mac Millan di London pada awal tahun 1961.
IV. Senu Abdul Rahman semasa kunjungan di Sabah, Sarawak dan Brunei pada
tahun 1960.
A. I, II dan III.
B. I, II dan IV.
C. II, III dan IV.
D. I, II, III dan IV.
20. Presiden Sokarno daripada Indonesia menentang pembentukan Malaysia dan
mengumumkan konfrontasi dengan slogan
A. “Anti Malaysia”.
B. “Hapus Malaysia”.
C. “Hancur Malaysia”.
D. “Ganyang Malaysia”.
21. Brunei berubah fikiran untuk menyertai Malaysia setelah beberapa permintaan
mereka tidak dapat dipenuhi sepenuhnya termasuk
I. menuntut 20 kerusi parlimen.
II. menguasai kesemua hasil minyak.
III. mengekalkan semua pelaburannya.
IV. memegang autonomi hal-hal kewangan pada peringkat kewangan.
A. I, II dan III.
B. I, II dan IV.
C. II, III dan IV.
D. I, II, III dan IV.
22. Pilih pernyataan yang TIDAK BENAR mengenai Jawatankuasa Antara Kerajaan.
A. Diketuai oleh Lord Landsdowne.
B. Dipengerusikan oleh Donald Stephens.
C. Membentuk satu perlembagaan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu 1957.
D. Perkara utama dalam perlembagaan ini ialah agama Islam, bahasa Melayu,
kawalan imegresen, pendidikan dan perwakilan bagi Sabah dan Sarawak.
23. Malaysia mengamalkan sistem
A. demokrasi autokratik.
B. demokrasi bermonarki.
C. demokrasi berparlimen.
D. demokrasi berpelembagaan.
24. Suruhanjaya Pilihan Raya ialah suruhanjaya yang bertanggungjawab dalam urusan
pilihan raya di Malaysia yang terdiri daripada seorang pengerusi, seorang timbalan
pengerusi dan ____________ orang ahli lain.
A. 3
B. 4
C. 5
D. 6
25. Kedudukan ______________________ tidak berubah dengan pembubaran Parlimen.
A. Dewan Rakyat
B. Dewan Negara
C. Yang di-Pertua
D. Dewan Undangan Negeri
26. Anggota perkhidmatan awam negeri yang menjadi anggota Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri sebagai ex-officio ialah
I. Penasihat Undang-Undang.
II. Pegawai Kewangan Negeri.
III. Bendahari Kerajaan Negeri.
IV. Setiausaha Kerajaan Negeri.
A. I, II dan III.
B. I, II dan IV.
C. II, III dan IV.
D. I, II, III dan IV.
27. Malaysia adalah negara yang memberikan kebebasan kepada badan kehakiman.
Kebebasan badan kehakiman dapat dilihat pada perkara berikut, KECUALI
A. hakim dilantik oleh Perdana Menteri.
B. saraan hakim dan syarat-syarat jawatan yang lain tidak boleh diubah.
C. kelakuan hakim tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana Majlis Parlimen.
D. hakim tidak boleh dilucutkan jawatan sebelum mencapai umur 65 tahun kecuali
jika didapati kelakuan tidak baik atau beliau sudah tidak berupaya.
28. Manakah antara berikut BUKAN bidangkuasa Mahkamah Tinggi.
A. Mendengar kes jenayah melibatkan hukuman mati.
B. Mendengar dan memutuskan kes sivil yang bernilai lebih daripada RM1 juta.
C. Mendengar rayuan jenayah daripada Mahkamah Majistret dan Mahkamah
Sesyen.
D. Mendengar semua kes sivil yang bernilai lebih daripada RM100,000 tetapi tidak
melebihi RM1 juta.
29. Penghijrahan masyarakat India ke Tanah Melayu berlaku secara besar-besaran mulai
tahun 1840-an dan mereka bekerja sebagai ______________.
A. petani.
B. peniaga.
C. peladang.
D. penoreh getah.
30. Warga pendidik tidak lagi menumpukan usaha kepada memupuk perpaduan
semata-mata, bahkan mereka mula memfokuskan usaha ke arah pembangunan
sumber manusia dan pembentukan insan.
Pernyataan berikut merujuk kepada
A. Laporan Razak 1956.
B. Jawatankuasa Kabinet 1979.
C. Falsafah Pendidikan Negara.
D. Dasar Pendidikan Kebangsaan.
31. Falsafah Pendidikan Negara mempunyai ciri-ciri termasuk
I. berakhlak mulia.
II. kepercayaan kepada Tuhan.
III. mempunyai ilmu pengetahuan.
IV. bertanggungjawab kepada keluarga, masyarakat dan negara.
A. I, II dan III.
B. I, II dan IV.
C. II, III dan IV.
D. I, II, III dan IV.
32. Pilih pernyataan yang benar mengenai prinsip kedaulatan undang-undang dalam
Rukun Negara.
A. Menghormati simbol-simbol kedaulatan negara.
B. Membimbing tindakan seseorang untuk berbuat baik.
C. Memastikan setiap individu dalam negara itu terjamin kebebasan asasi mereka.
D. Menekankan supaya rakyat dapat menerima, mematuhi dan mempertahankan
kemuliaan Perlembagaan Persekutuan.
33. Dasar pecah dan perintah yang diperkenalkan pihak British menetapkan bahawa
I. kaum Cina tinggal di kawasan bandar menjadi peniaga.
II. kaum India ditempatkan di lombong untuk menjadi pelombong.
III. orang Melayu tinggal di kawasan kampung dan mengerjakan sektor pertanian.
IV. kumpulan-kumpulan etnik terbesar dipisahkan mengikut tempat tinggal dan
pekerjaan masing-masing.
A. I, II dan III.
B. I, III dan IV.
C. II, III dan IV.
D. I, II, III dan IV.
34. Penubuhan ___________________ bertujuan mengadakan garis panduan bagi
kerjasama antara kaum dan integrasi sosial untuk memupuk identiti kebangsaan
dalam kalangan rakyat Malaysia.
A. Majlis Gerakan Negara
B. Majlis Muhibbah Negara
C. Jabatan Perpaduan Negara
D. Majlis Perundingan Negara
35. Nuzul Quran merupakan sambutan bagi umat Islam bagi memperingati peristiwa
A. turunnya al-Quran.
B. kelahiran Nabi Muhammad.
C. perkahwinan Nabi Muhammad.
D. perpindahan Nabi Muhammad dari Mekah ke Madinah.
36. Agama Buddha telah diasaskan oleh
A. Ras Buddha.
B. Utama Buddha.
C. Ammar Buddha.
D. Siddharta Gautama Buddha.
37. Antara berikut yang manakah BUKAN ajaran utama agama Buddha.
A. Penderitaan atau kesengsaraan hidup adalah lumrah alam.
B. Bagi mengelakkan penderitaan, seseorang itu harus mengatasi nafsunya.
C. Bagi mengatasi nafsu, seseorang itu haruslah mengikuti jalan yang bersimpang
siur.
D. Penderitaan manusia berpunca daripada nafsu untuk memperolah kekayaan dan
keseronokan.
38. Jalan Lapis Kebenaran Mulia yang terdapat dalam ajaran agama Buddha
mengandungi prinsip-prinsip berikut, KECUALI
A. usaha yang benar.
B. fikiran yang benar.
C. konsep yang benar.
D. perbuatan yang benar.
39. Ada 4 konsep utama agama Hindu. Konsep putaran berulang kelahiran, kehidupan,
kematian dan kelahiran semula dipanggil konsep
A. Karma.
B. Dharma.
C. Moksha.
D. Samsara.
40. Thaiponggal merupakan perayaan menuai yang diraikan mengikut kalendar
___________.
A. Cina.
B. Jawa.
C. Hindu.
D. Thailand.
41. Perayaan Thaipusam bagi agama Hindu adalah khas untuk menghormati dewa Hindu,
iaitu
A. Shiva.
B. Visnhu.
C. Murugan.
D. Subramaniam.
42. Perlembagaan Persekutuan Malaysia digubal dengan tujuan untuk
I. menjaga kedaulatan negara.
II. mewujudkan pemerintahan yang adil.
III. menjadi sumber rujukan perundangan.
IV. menjadi panduan pemerintahan bagi pemerintah dan rakyat.
A. I dan II.
B. I, II dan III.
C. II, III dan IV.
D. I, II, III dan IV.
43. Peruntukan Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan Malaysia membuktikan dengan
jelas bahawa Malaysia adalah sebuah negara
A. kesatuan.
B. persekutuan.
C. raja berperlembagaan.
D. demokrasi berparlimen.
44. Kewarganegaraan Tanah Melayu boleh diperolehi melalui cara-cara berikut;
I. Naturalisasi
II. Pendaftaran
III. Percantuman Wilayah
IV. Kuatkuasa Undang-undang
A. I dan IV.
B. I, II dan III.
C. II, III dan IV.
D. I, II, III dan IV.
45. Melalui kaedah permohonan kewarganegaraan secara pendaftaran terdapat dua
kategori utama pemohon bagi status warganegara iaitu
I. ibu kepada warganegara.
II. isteri bagi seorang warganegara.
III. suami kepada seorang warganegara.
IV. anak tiri kepada seorang warganegara.
A. I dan II.
B. I dan III.
C. II dan IV.
D. III dan IV.
46. Seseorang tidak boleh dihukum atas suatu perbuatan atau ketinggalan perbuatan yang
tidak menjadi satu kesalahan pada masa kesalahan itu dilakukan.
Penerangan di atas adalah merupakan sebahagian dari maksud peruntukan
__________ Perlembagaan Persekutuan.
A. Perkara 5
B. Perkara 6
C. Perkara 9
D. Perkara 10
47. Menurut Perkara 38 Perlembagaan kuasa budi bicara Majlis Raja-Raja meliputi
tugas-tugas berikut, KECUALI
A. membubarkan Parlimen.
B. memilih YDPA dan Timbalan YDPA.
C. menyetujui atau tidak menyetujui apa-apa keputusan berkaitan agama Islam.
D. memperkenan atau tidak memperkenankan apa-apa undang-undang berkaitan
dengan hak istimewa orang Melayu.
48. Seseorang yang cuba mencetuskan isu sensitif dan menghina kedudukan Raja-Raja
Melayu boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara
maksimum 3 tahun atau kedua-duanya sekali di bawah
A. Kanun Keseksaan.
B. Akta Hasutan 1948.
C. Akta Dadah Berbahaya.
D. Akta Keselamatan Dalam Negeri.
49. Menurut realiti dan amalan di Malaysia, undang-undang diri lazimnya diletakkan di
bawah kuasa perundangan kerajaan
A. pusat.
B. negeri.
C. campuran.
D. Persekutuan.
50. Antara objektif utama Dasar Pembangunan Nasional ialah untuk
A. mengukuhkan ekonomi.
B. mengukuhkan perpaduan.
C. mengukuhkan pendidikan.
D. mengukuhkan kecekapan pentadbiran.
51. Bank Islam pertama di Malaysia ialah
A. RHB Islamic Bank.
B. Bank Islam Malaysia Berhad.
C. Bank Muamalat Malaysia Berhad.
D. Lembaga Urusan Dan Tabung Haji (LUTH).
52. Rancangan Malaysia lima tahun adalah merujuk kepada pembangunan yang
dilaksanakan oleh kerajaan dalam membangunkan negara, antara kejayaan
Rancangan Malaysia yang kelima ialah penubuhan
A. Bank Bumiputra.
B. Majlis Amanah Rakyat (MARA).
C. Perbadanan Pelancongan Malaysia.
D. Petroleum Nasioanal Berhad (PETRONAS).
53. Pemimpin negara yang telah menekankan aspek pembangunan modal Insan dan
memperkenalkan konsep Islam Hadhari ialah
A. Tun Musa Hitam.
B. Tun Abdul Razak Hussein.
C. Tun Abdullah Ahmad Badawi.
D. Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.
54. Pembentukan dasar luar Malaysia dipengaruhi faktor-faktor berikut, KECUALI
A. ekonomi.
B. demografi.
C. geostrategik.
D. faktor histologi.
55. Apakah objektif utama yang ingin dicapai melalui Dasar Luar Negara yang
diamalkan oleh Malaysia?
A. Meraikan kebudayaan dan kemakmuran negara serantau.
B. Memperkenalkan barisan pemimpin Malaysia kepada negara lain.
C. Memperlihatkan komitmen negara dalam menjaga keamanan dan kestabilan
negara Malaysia.
D. Menghubungkan Malaysia dengan negara-negara yang memiliki ideologi
pentadbiran yang sama.
56. Pertubuhan Negara-negara Islam bertujuan untuk mewujudkan kerjasama antara
negara Islam dalam pelbagai bidang. Kerjasama pertubuhan ini dengan Malaysia ini
dapat dilihat dengan jelas melalui peristiwa-peristiwa berikut, kecuali
A. penubuhan Bank Pembangunan Islam.
B. mengutuk penghapusan etnik di Bosnia.
C. menyokong perjuangan Israel di Palestin.
D. penganjuran pertandingan Musabaqah membaca al-Quran.
57. Penubuhan maktab-maktab perguruan di Malaysia merupakan salah satu hasil
hubungan Malaysia dengan negara-negara Komanwel dalam bidang pendidikan.
Kejayaan ini dicapai melalui
A. Rancangan Colombo.
B. Skim Keutamaan Am.
C. Persidangan CHOGM.
D. Misi Pemerhati Komanwel.
58. Malaysia telah menyertai NAM pada 1969 kerana pertubuhan ini
I. membantu pengeluaran makanan negara.
II. tidak berpihak kepada Blok Barat dan Blok Timur.
III. membantu penyelidikan dan peningkatan taraf hidup rakyat.
IV. menghormati kemerdekaan dan kedaulatan sesebuah negara dengan tidak
mencampuri urusan negara lain.
A. I dan II.
B. I dan IV.
C. II dan III.
D. II dan IV.
59. Kerjasama Selatan-selatan ditubuhkan bagi menjaga kepentingan ekonomi bagi
negara-negara membangun dan mengelakkan tekanan dari negara maju seperti
I. Jepun.
II. Britain.
III. Amerika.
IV. Singapura.
A. I dan IV.
B. I, II dan III.
C. II, III dan IV.
D. I, II, III dan IV.
60. Selepas serangan Pusat Dagangan Dunia di New York, keadaan ekonomi dunia tidak
menentu kerana kebanyakkan negara sangat bergantung kepada perdagangan
Amerika Syarikat. Namun, Malaysia dapat mengurangkan kesan negatif tersebut
melalui hubungan baik dengan negara-negara rantau yang menganggotai
A. Komuniti Ekonomi Asean.
B. Kerjasama Selatan-selatan.
C. Kerjasama Ekonomi Asia Timur.
D. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Nov 2019
1. Tahun 1262 telah disepakati sebagai tarikh baru pengasasan kerajaan Melayu Melaka
melalui
A. Seminar Sejarah Malaysia 2012.
B. Seminar Melaka 750 Tahun Merentas Zaman.
C. Seminar Kebangsaan Pejuang-Pejuang Kemerdekaan.
D. Seminar Tahun Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka.
2. Dua bentuk undang-undang utama yang pernah dikuatkuasakan semasa era pemerintahan
Kesultanan Melayu Melaka ialah
I. Hukum Kanun Melaka.
II. Undang-Undang 99 Melaka.
III. Undang-Undang Laut Melaka.
IV. Undang-Undang Tubuh Melaka.
A. I dan II.
B. I dan III.
C. II dan IV.
D. III dan IV.
3. Pilih pasangan yang BETUL berkaitan proses pemberian nama kerajaan Kesultanan
Melayu Melaka.
A. Pedagang Arab - Suvarnabhumi.
B. Pedagang India - Malakat.
C. Penduduk Nusantara - Venice Timur.
D. Pengembara Yunani - Semenanjung Kencana.
4. Kedatangan Inggeris di Kepulauan Melayu adalah dengan hasrat untuk memonopoli
ekonomi dan mengamalkan dasar tidak campurtangan di dalam hal ehwal politik Tanah
Melayu. Tetapi dasar Inggeris berubah apabila berlaku
I. perebutan takhta dalam kalangan putera raja.
II. pertelingkahan antara kumpulan kongsi gelap Cina.
III. desakan pedagang yang mempunyai kepentingan ekonomi.
IV. kebimbangan campur tangan kuasa-kuasa Eropah yang lain.
A. I, II dan III.
B. I, II dan IV.
C. I, III dan IV.
D. I, II, III dan IV.
5. Penguasaan British ke atas negeri-negeri Selat bermula apabila
I. perjanjian Pangkor ditandatangani.
II. perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani.
III. Francis Light berjaya mendapatkan Pulau Pinang.
IV. perjanjian Bangkok 1909 ditandatangani oleh pihak British.
A. I dan II.
B. II dan III.
C. II dan IV.
D. III dan IV.
6. Sistem pentadbiran persekutuan yang diamalkan di Malaysia berasakan kepada
A. Sistem Ahli 1951.
B. Dasar Pecah dan Perintah.
C. Pentadbiran Malayan Union 1946.
D. Sistem Persekutuan Tanah Melayu 1948.
7. Faktor utama campur tangan Bitish di negeri Perak pada 1874 adalah didorong oleh
A. ancaman politik oleh Belanda.
B. berlakunya pergaduhan antara kongsi gelap.
C. kekayaan hasil bijih timah yang terdapat di negeri tersebut.
D. keinginan untuk menghapuskan sistem perhambaan di negeri Perak.
8. Konsep pembahagian kawasan kependudukan dan kejiranan kepada kawasan putih dan
kawasan hitam adalah sangat berkaitan dengan
A. kawasan di mana kadar jenayah kurang atau kerap berlaku.
B. pembahagian zon kependudukan kepada zon maju dan kurang maju.
C. langkah kerajaan British bagi membendung masalah komunis di Tanah Melayu.
D. kawasan bebas rusuhan dan kawasan berlaku rusuhan dalam peristiwa 13 Mei 1969.
9. Yang manakah BENAR mengenai Rancangan Briggs?
I. Memperkenalkan sistem pilihanraya.
II. Memberi latihan berkaitan pentadbiran kepada penduduk tempatan.
III. Diperkenalkan oleh Sir Harold Briggs, iaitu Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah
Melayu pada tahun 1950.
IV. Dilaksanakan sebagai satu kaedah perang saraf untuk mendapatkan sokongan bukan
Melayu bagi menangani ancaman komunis.
A. I dan II.
B. I dan IV.
C. III dan IV.
D. I, II dan III.
10. Susunkan peristiwa-peristiwa penting penjajahan Inggeris di Tanah Melayu menurut
kronologi yang betul.
I. Penubuhan Malayan Union.
II. Singapura keluar dari Malaysia.
III. Pilihanraya umum Tanah Melayu yang pertama.
IV. Perisytiharan Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.
A. I, IV, II, III.
B. I, IV, III, II.
C. II, III, IV, I.
D. IV, III, II, I.
17. Doktrin pengasingan kuasa membawa maksud agihan kuasa antara
A. parlimen dan dewan-dewan undangan negeri.
B. badan eksekutif, perundangan dan kehakiman.
C. kuasa antara parti-parti pemerintah dan pembangkang.
D. kerajaan persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan.
18. Kuasa politik kerajaan persekutuan adalah terletak dalam tangan
A. para pengundi.
B. Ketua Menteri.
C. Perdana Menteri.
D. Yang di-Pertuan Agong.
19. Umur minimum yang membolehkan seseorang bertanding dalam pilihanraya bagi kerusi
Dewan Rakyat adalah
A. 18.
B. 21.
C. 30.
D. 40.
20. Pilihanraya yang pertama di Malaysia telah diadakan pada tahun 1951 dan ia adalah
merupakan pilihanraya perbandaran. Pilihanraya ini diadakan bagi memilih perwakilan bagi
peringkat kerajaan
A. pusat.
B. negeri.
C. tempatan.
D. persekutuan.
21. Di Malaysia, permohonan bagi pembubaran Parlimen hendaklah diajukan oleh
__________ kepada _________.
A. Ketua Menteri, Yang di-Pertuan Agong
B. Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong
C. Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Parlimen
D. Ketua Menteri, Yang di-Pertua Dewan Rakyat
32. Penghijrahan golongan imigran asing secara besar-besaran ke Tanah Melayu sekitar kurun
ke-18 adalah didorong oleh faktor
A. dasar buka pintu penjajah British.
B. masalah sosial di negara masing-masing.
C. wujudnya pergolakan politik dan perang saudara di Tanah Melayu.
D. jarak antara negara mereka dengan Tanah Melayu yang berhampiran.
33. “Pendapat kitalah yang betul, yang lain semuanya salah belaka”.
Sentimen dan cara pemikiran seperti ini membuktikan kaum itu mengamalkan konsep
A. etnisiti.
B. rasisme.
C. stereotaip.
D. etnosentrisme.
44. Istilah “rigid” dalam konteks undang-undang perlembagaan bermaksud
A. kukuh.
B. mutlak.
C. berubah-berubah.
D. tidak boleh dipinda.
45. Definisi perlembagaan adalah meliputi prinsip-prinsip berikut:
I. Undang-undang dasar yang menjadi asas dan panduan pemerintahan negara.
II. Kerangka asas yang membentuk dan memandu sistem pemerintahan sesebuah
negara.
III. Undang-undang tertinggi dan asas kepada semua undang-undang lain di dalam
negara.
IV. Mengawal pemerintah dan yang diperintah dalam mempertahankan kewujudan dan
kesinambungan negara.
A. I, II dan III.
B. I, III dan IV.
C. II, III dan IV.
D. I, II, III dan IV.
46. “Perlembagaan ini adalah merupakan undang-undang utama bagi Persekutuan dan mana-
mana undang-undang yang diluluskan selepas hari merdeka dan yang berlawanan dengan
perlembagaan ini adalah terbatal setakat yang berlawanan.”
Peruntukan Perkara 4, Perlembagaan Persekutuan di atas secara umumnya membuktikan
prinsip
A. kedaulatan negara.
B. ketertinggian parlimen.
C. keluhuran perlembagaan.
D. kedaulatan undang-undang.
47. Prinsip-prinsip utama hak asasi yang termaktub dalam Perkara 5, Perlembagaan
Persekutuan Malaysia termasuk hak
I. terhadap nyawa.
II. terhadap kebebasan diri.
III. untuk dibela oleh oleh peguam.
IV. untuk diberitahu sebab-sebab ditangkap.
A. I, II dan III.
B. I, III dan IV.
C. II, III dan IV.
D. I, II, III dan IV.
48. Perlembagaan Malaysia memberikan kebebasan berikut kepada rakyatnya KECUALI
A. memilih agama yang sesuai untuk mereka.
B. mengkritik dasar-dasar yang dibuat oleh kerajaan.
C. menubuhkan agama atau satu kepercayaan baru bagi umat Islam.
D. memilih pemimpin-pemimpin yang mewakili mereka di Parlimen.
49. Dua dewan yang membentuk Parlimen Malaysia ialah
I. Dewan Rakyat.
II. Dewan Negara.
III. Dewan Parlimen.
IV. Dewan Undangan Negeri.
A. I dan II.
B. I dan III.
C. II dan III.
D. III dan IV.
50. Manakah antara majlis-majlis berikut ditubuhkan melalui peruntukan Perlembagan
Persekutuan Malaysia?
I. Majlis Raja-Raja.
II. Majlis Tanah Negara.
III. Majlis Keselamatan Negara.
IV. Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan.
A. I, II dan III.
B. I, II dan IV.
C. II, III dan IV.
D. I, II, III dan IV.
51. Seseorang itu akan hilang kelayakan menjadi ahli Dewan Rakyat jika
I. dijatuhi hukuman bunuh.
II. dijatuhi hukuman denda RM3000.
III. dipenjara hukuman penjara seumur hidup.
IV. berkerja dengan firma guaman tempatan dengan gaji RM700.
A. I dan II.
B. II dan III.
C. III dan IV.
D. I, II, III dan IV.
52. Apakah kaedah yang boleh digunakan oleh Lionel Messi sekiranya beliau ingin memohon
status warganegara Malaysia?
A. Naturalisasi.
B. Pendaftaran.
C. Jus Sanguinis.
D. Kuatkuasa undang-undang.
53. Senarai kuasa perundangan dalam Jadual 9, Senarai 2 Perlembagaan Perseketuan Malaysia
adalah merujuk kepada bidangkuasa perundangan yang dimiliki oleh
A. kerajaan pusat.
B. kerajaan negeri.
C. tambahan bagi Sabah.
D. bersama pusat dan negeri.
54. Pilih bidangkuasa yang disebutkan dalam Senarai Bersama, menurut Jadual 9,
Perlembagaan Persekutuan.
A. Biasiswa.
B. Kewangan.
C. Undang-Undang Islam.
D. Keselamatan Dalam Negeri.
58. Selepas dasar penswastaan diperkenalkan fungsi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
telah berubah daripada tanggungjawab asalnya iaitu menyelia, merekabentuk, membina
dan menyenggara lebuh raya kepada tugas utamanya sekarang iaitu untuk
A. mengutip bayaran tol.
B. menyelenggara kawasan hentian rehat dan rawat.
C. mengawalselia pembangunan dan pengurusan lebuh raya.
D. memastikan aspek keselamatan dipatuhi oleh setiap pengguna lebuh raya.
[CLO 2][T05][04][56-60] ISSUES OF NATIONAL CONCERN
59. Hubungan luar Malaysia boleh dilihat melalui beberapa aspek seperti politik, ekonomi dan
sosial. Malaysia mengadakan hubungan luar melalui cara-cara berikut:
I. Menghantar perwakilan ke negara-negara asing.
II. Menganjurkan persidangan-persidangan antarabangsa.
III. Menjadi tuan rumah kepada mesyuarat ketua-ketua negara asing.
IV. Mengadakan lawatan rasmi ketua negara dan ketua kerajaan ke luar negara.
A. I, II dan III.
B. I, III dan IV.
C. II, III dan IV.
D. I, II, III dan IV.
60. Agensi yang bertanggungjawab dalam menentukan polisi dan dasar luar Malaysia ialah
A. kabinet.
B. Wisma Putra.
C. Perdana Menteri.
D. Kementerian Dalam Negeri.
Comments
Post a Comment